SEPTEMBER 2024

Majlis Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen Dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024


KUCHING: Jumaat, 11 September 2024

Premier Sarawak YAB Datuk Amar Tan Sri (Dr) Abang Johari bin Tun Abg Openg telah hadir dan merasmikan Majlis tersebut diatas bertempat di Dewan Santapan Bangunan Dewan Undangan Negeri.

Majlis tersebut adalah sebagai merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 yang akan diadakan dari 11-14 September 2024 dan dihadiri semua Speaker dan Timbalan Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia. 

“Menjadi seorang Speaker Parlimen mahupun DUN merupakan satu tanggungjawab yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan, sebagai Pengerusi semasa Persidangan, Speaker memainkan peranan yang amat penting agar prosiding berjalan dengan teratur dan lancar. Sudah tentu kesabaran merupakan tunjang kekuatan yang perlu ada pada seseorang Speaker.

Adalah menjadi harapan saya supaya persidangan ini dapat menjadi platform kepada speaker untuk berkongsi dan mencetus idea-idea bernas serta inovatif dalam usaha memperkasakan institusi Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan institusi Speaker itu sendiri”. kata Premier Sarawak dalam ucapan Perasmian.

Katanya lagi, Institusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah elemen asas dalam Struktur Persekutuan yang mana selaras dengan prinsip Federalisme di mana kuasa pentadbiran dan perundangan diagihkan antara kerajaan pusat dan negeri.

“Selaras dengan prinsip itu dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi pandangan dan pengelaman Sarawak mengenai konsep federalisme dalam konteks Malaysia 

Federalisme adalah sebuah kerajaan pelbagai peringkat yang berkongsi kedaulatan bukan hanya kuasa antara kerajaan sebuah negeri sahaja". tambahnya lagi

Adalah pentingnya badan legislatif Parlimen dan Negeri untuk mentaati dan menghormati Perlembagaan Persekutuan dalam kuasa legislatif Sarawak dan Sabah mempunyaj kuasa legislatif berbanding negeri lain seperti peruntukan List 11A ( Suplement to State List for States of Sabah and Sarawak  dan list for states 111A ( Supplement to Concurrent List for States of Sabah dan Sarawak).

"Berhubung dengan MA6, Sarawak bukan untuk mencabar Sistem Persekutuan namun ianya adalah untuk mengangkat dan memperkasakan lagi kuasa yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63". tegasnya lagi.

Sarawak kekal menghormati Perlembagaan Persekutuan, peranan dan tanggungjawab bukan menjauhi diri tetapi bekerjasama secara berkesan dalam Persekutuan dengan kekuatan negara terletak pada kekuatan negeri dibawahnya.

Turut berucap adalah 

YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nassar, Speaker DUN Sarawak dan YB Tan Sri Dato (Dr) Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Turut hadir, YB Senator Dato Awang Bemee bin Awg Ali Basah, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Menteri-Menteri dan Timbalan- Timbalan Menteri dan dif-dif kenamaan lain.